AssaLammuaLaikum, Hye hari ini xtau la mood apa yg heppy sangat ni,
Rase macam nak join jak segmen ni..
Lau rasa nak join segment ni, klik saja pada picture tu.
Teddy Dan Kesorangan, sinonim dengan..
Saya Dan Sendirian.
Pertama kali saya melihat dunia, Melihat saya di susun di atas rak almari..
Saya melihat banyak patung di sini, Saya juga melihat ramai orang keluar
Masuk kedai..
Tetapi tiada siapa yang mahu membeli saya.
Saya telah terlihat pada seorang budak perempuan yang sangat comel
Saya mengharapkan dia bakal memilih saya sebagai patung mainan nya.
Alangkah gembiranya saya, budak perempuan tadi telah memilih saya sebagai
patung pilihan nya..
Saya di letak di kaunter pembayaran, untuk di bayar.
Saya telah di bawa ke rumah, Wah besar nye rumah dia.
Di rumah baru saya, Saya sangat gembira..
Walaubagaimana pun, hidup tak selalu nya gembira..
Budak perempuan itu, mempunyai seorang kawan yang
selalu bermain di rumah nye.
Saya selalu di pijak, Di tarik-tarik, kadang kala saya di pukul..
Sedih nye saya pada masa itu.
Makin hari saya makin buruk, rupa saya sudah tidak cantik dan comel
Saya selalu di biarkan sendirian, Duduk keseorangan tiada siapa yg sudi
menemani saya, tiada lagi suara-suara gelak tawa sambil bermain dengan saya..
Saya sepenuh nya di lupakan..
Pada suatu hari, tuan saya mahu pindah ke rumah yang baru,
saya rasa bersyukur, kerana saya telah di bawa sama, tetapi
malang nye, saya telah di letak di bahagian belakang lori..
Lori itu bergerak dengan sangat laju, banyak kali saya hampir nak
terjatuh, tergolek, terbaring... saya tak tahu nasib saya yg seterus nya..
Disaat Lori sedang membelok, saya telah terjatuh dari dalam lori,
Saya tercampak di atas jalan raya, saya nak menjerit dan memanggil,
tapi apakan daya, saya hanya sebuah patung buruk yang mampu
berkata dalam hati, siapa lah saya untuk meminta tolong...
Sehingga ke hari ini, saya di biarkan keseorangan dan tanpa siapa yang
mahu kan saya, saya hanya patung biasa yang tiada apa-apa kelebihan.
Saya hanya mampu tersenyum mengimbas kembali saat-saat saya
di sayangi.....
Lumrah manusia, bila banyak kelebihan ada dekat kita,
cofirm kita akan ada ramai kawan..
Tetapi, jika kita buruk, kelebihan pun tiada..
Kita selalu akan di pinggirkan dan sentiasa berserorangan
dan tiada siapa peduli tentang kewujudan kita.
thx elya join segmen ni.. baca la blogger2 lain pnye cerita pula.. http://jalanjatuhdanbangun.blogspot.com/2012/07/list-segment-cerita-di-sebalik-gambar.html
ReplyDeleteokey...
ReplyDeletepemenang segment telah di umumkan http://jalanjatuhdanbangun.blogspot.com/2012/09/pemenang-segment-cerita-disebalik-gambar.html
ReplyDelete